-Permulaan- Kejohanan Olahraga SMKTTJ 2011

Thursday 23 June 2011

| | |



Pada hari ini, 23 Jun 2011, telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga SMKTTJ bagi tahun 2011. Atas dasar kerajaan, Kejohanan Olahraga yang sering diadakan pada awal tahun, diadakan pada pertengahan tahun bermula pada tahun ini. Kejohanan Olahraga tahun ini berlangsung selama dua hari, iaitu 23 dan 24 Jun 2011.

Rumah-ruamh sukan yang terlibat ialah rumah Laksamana, rumah Temenggung, rumah Syahbandar dan rumah Bendahara.Pelajar-pelajar dan guru-guru setiap rumah sukan bersemangat ingin menjadi 
juara keseluruhan pada tahun 2011 ini. 


Pelbagai acara telah dipertandingkan. Acara padang dan balapan dipertandingkan. Terdapat juga acara tarik tali pada hari ini di mana pertandingan tarik tali peringkat akhir akan diadakan pada keesokannya, iaitu 24 Jun 2011. Semua rumah sukan memberikan pertarungan yang sengit.





Kejohanan tahun ini dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Senamrobik antara rumah-rumah sukan. 
Mereka mempersembahkan pelbagai gaya yang tersendiri untuk memikat markah dari pihak juri yang terdiri dari Tuan Pengetua SMKTTJ, Ketua-ketua Bidang, GPK Akademik, GPK Ko-kurikulum , GPK Petang dan GPK HEM.




Terima kasih kepada Pasukan PBSM kerana telah bersedia untuk membantu peserta-peserta yang telah pengsan semasa dan selepas acara. Usaha anda dihargai. :)

0 comments:

Post a Comment