-Permulaan- Kejohanan Olahraga SMKTTJ 2011

Thursday 23 June 2011

| | | 0 comments



Pada hari ini, 23 Jun 2011, telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga SMKTTJ bagi tahun 2011. Atas dasar kerajaan, Kejohanan Olahraga yang sering diadakan pada awal tahun, diadakan pada pertengahan tahun bermula pada tahun ini. Kejohanan Olahraga tahun ini berlangsung selama dua hari, iaitu 23 dan 24 Jun 2011.

Rumah-ruamh sukan yang terlibat ialah rumah Laksamana, rumah Temenggung, rumah Syahbandar dan rumah Bendahara.Pelajar-pelajar dan guru-guru setiap rumah sukan bersemangat ingin menjadi 
juara keseluruhan pada tahun 2011 ini. 


Pelbagai acara telah dipertandingkan. Acara padang dan balapan dipertandingkan. Terdapat juga acara tarik tali pada hari ini di mana pertandingan tarik tali peringkat akhir akan diadakan pada keesokannya, iaitu 24 Jun 2011. Semua rumah sukan memberikan pertarungan yang sengit.





Kejohanan tahun ini dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Senamrobik antara rumah-rumah sukan. 
Mereka mempersembahkan pelbagai gaya yang tersendiri untuk memikat markah dari pihak juri yang terdiri dari Tuan Pengetua SMKTTJ, Ketua-ketua Bidang, GPK Akademik, GPK Ko-kurikulum , GPK Petang dan GPK HEM.




Terima kasih kepada Pasukan PBSM kerana telah bersedia untuk membantu peserta-peserta yang telah pengsan semasa dan selepas acara. Usaha anda dihargai. :)

Foto2 Kelas tahun 2011 (21 Jun 2011)

| | | 1 comments
Pada 21 Jun 2011, ahli Sidang Redaksi telah mengadakan sesi penggambaran bagi setiap kelas pada tahun 2011 sesi pagi dan petang. Terima kasih kami ucapkan kepada semua pelajar dan guru atas kerjasama yang diberikan. 


Terima kasih diucapkan kepada ahli Sidang Redaksi Nur Najihah binti Roslan selaku ketua editor bersama-sama Nurul Nadhirah binti Ramli, Aminurrashid bin M. Hanafiah, Muhammad Syafiq bin Zulkefly, Muhammad Ismail bin Mohamed Paid dan Fiqri Hakim bin Zamri kerana sudi membantu  semasa sesi penggambaran.


Inilah antara gambar2 yang diambil.....






Kami akan mencuba untuk masukkan gambar-gambar bagi setiap kelas....
Harap menunggu dengan sabar... >_<

Koleksi Karya SMKTTJ

Thursday 16 June 2011

| | | 0 comments
Anda kreatif??
Ingin meluahkan perasaan dalam bentuk karya??
nak tulis ttg kehidupan anda???

Ciptalah karya original!!! Tidak kisah sama ada dalam bentuk sajak, puisi, cerpen, komik atau siri~ (dll)

Nak karya anda dipaparkan di sini???
Kami, Sidang Redaksi mengalu-alukan pelajar2 & guru2 untuk hantar karya untuk dipaparkan!!! 
jangan malu2~    >_<

Hantarkan karya anda kepada PN. Rosiah atau Amira Farzana (4 UIA) atau ahli2 sidang redaksi yg lain...
anda boleh juga menghantar terus ke e-mel ini, amira_farzana1007@yahoo.com >_<


KAMI MENUNGGU!!!